Kuala Lumpur: Ahli keluarga dan rakan warga Britain Gareth Huntley,
memuat naik rakaman video lelaki itu di laman sosial Youtube baru-baru
ini sebagai kempen meningkatkan kesedaran orang ramai dan pihak berkuasa
mengesan Huntley yang hilang di Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman
sejak kira-kira enam hari lalu.
Memetik laporan dari sebuah akhbar online, video itu memaparkan
Huntley, 34, bersama beberapa rakan sedang berseronok di China Town,
London pada 5 April 2012.
Difahamkan ibu dan rakan Huntley berbuat demikian kerana merasakan
masa semakin suntuk untuk menemui anaknya dalam keadaan masih bernyawa.
Dalam pada itu, akaun laman Facebook, Find Gareth Huntley yang ditubuhkan khas untuk Huntley memuat naik status terbaru meminta orang ramai membantu mencari lelaki itu pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, akaun laman Facebook, Find Gareth Huntley yang ditubuhkan khas untuk Huntley memuat naik status terbaru meminta orang ramai membantu mencari lelaki itu pada Jumaat lalu.
Status itu merayu penguna laman sosial berkenaan berkongsi status itu di Facebook mereka kerana keluarga serta rakan Huntley bimbang keselamatan dan kesihatannya.
"Kami perlu mencari dia (Huntley) secepat mungkin dan memberi tekanan kepada pihak bekuasa Malaysia yang seolah-olah melengahkan situasi ini tanpa tindakan dan keputusan.
"Sekiranya anda mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan dan sumber berita berkaitan, bagi tahu mereka mengenai perkara ini. Pihak berkuasa Malaysia perlu bertindak segera," katanya.
Kempen laman sosial yang dibangunkan untuk mengesan Huntley sudah mencapai kira-kira satu juta pengguna laman sosial setakat semalam yang rata-ratanya mengharapkan Huntley ditemui dengan selamat.
Pada hari kejadian, Huntley yang juga sukarelawan Projek Juara Penyu di Kampung Juara dikatakan merancang untuk balik dari air terjun itu sekitar jam 2 petang pada hari yang sama kerana mahu melakukan aktiviti snorkling dan mengurut badan.
Bagaimanapun, Huntley gagal pulang dan rakannya bersama beberapa penduduk kampung mencarinya dalam kawasan air terjun itu namun tidak ditemui sehingga hari ini.