SAO PAULO: Jurulatih Croatia, Niko Kovac yang menyalahkan pengadil
Jepun, Yuichi Nishimura dengan memberi amaran Piala Dunia akan bertukar
menjadi 'sarkis; selepas keputusan kontroversi penalti kepada Brazil
pada asksi pembukaan Piala Dunia, awal pagi tadi.
Nishimura memutuskan pemain Croatia, Dejan Lovren dihukum selepas
mengasari pemain Brazil, Fred yang jatuh di dalam kotak penalti ketika
perlawanan berbaki 20 minit lagi dengan kedudukan 1-1.
Neymar menyusahkan tendangan penalti itu untuk gol keduanya sebelum
Brazil meraikan satu lagi gol dengan perlawanan Kumpulan A itu
berkesudahan 3-1 kepada Brazil.
"Ia satu keputusan tidak masuk akal hari ini dan sekiranya ia
berterusan, kita akan mempunyai sarkis," kata Kovac dalam sidang
medianya selepas perlawanan pembukan tirai Piala Dunia itu.
Sesi sidang media itu dipenuhi dengan soalan mengenai keputusan penalti itu.
"Jika ia satu penalti, kita tidak perlu lagi bermain bola sepak lagi. Marilah kita bermain bola keranjang," katanya.
Kovac berkata pasukannya berhak menghabiskan perlawanan itu dengan keputusan sekurang-kurangnya seri.
Beliau juga berasakan gol ketiga jaringan Oscar di Corinthians Arena
juga tidak seharusnya dibenarkan kerana pemain itu melakukan kesalahan
ketika memulakan gerakan.
"Adakah berlaku kekasaran terhadap pemain saya? Ya. Ia adalah satu kesalahan. Namun itulah kehidupan," katanya.
"Anak buah saya bekerja keras dalam dua tahun untuk layak ke Piala
Dunia. Mereka bekerja keras, melakukan persiapan secukupnya dan mereka
kemudian berdepan dengan keputusan penalti sebegini.
"Adakah anda bolah bayangkan bagaimana mereka berjalan memasuki
bilik persiapan dengan perasaan yang seperti apa?," katanya. - AFP