Wanita ‘malam merdeka’ diminta tampil


Kuala Lumpur: Wanita tempatan yang muncul bogel sebelum gambarnya tersebar melalui laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Wanita dipercayai berusia 20-an itu sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila terdapat tulisan ‘Malam Merdeka’ pada gambar lucah yang tersebar. 

Gambar berkenaan yang turut dikongsi ramai pemilik FB mencetuskan rasa kurang senang apatah lagi wanita itu tampil memakai tudung.

Gambar itu turut dipercayai dirakam bersama seorang lelaki di dalam sebuah bilik berdasarkan gambar tangan seorang lelaki yang meraba wanita itu.  

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius penyebaran gambar lucah itu yang jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, wanita itu yang mungkin mangsa perbuatan pihak tidak bertanggungjawab perlu tampil membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya dia dirogol atau sebaliknya.

“Polis kemudian akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis juga menyeru masyarakat tidak berkongsi dan menyebarkan apa sahaja bahan tidak senonoh di dalam media sosial yang boleh mengaibkan pihak tertentu sehingga menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Dia menyifatkan kegiatan penyebaran gambar seumpama itu hanya akan memalukan mangsa selain menyebabkan ia menjadi ikutan golongan remaja.

Related Posts:

  • Orang Islam bebas tikam ekor KUALA LUMPUR: Walaupun ada undang-undang melarang umat Islam membeli nombor ekor, masih ramai yang bebas keluar masuk ke premis perjudian tanpa tindakan oleh pihak berkuasa.  Mereka bebas membeli nombor ekor… Read More
  • Mila Kahwin Tahun depan Penyanyi Persis Mutiara, Mila Jirin, akhirnya membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solonya tahun depan bersama pengurusnya sendiri, Isz Mustapha yang sudah dikenalinya sejak usia 18 tahun. Secara perib… Read More
  • Iriz cahaya di hujung terowong Proton KUALA LUMPUR: Iriz yang dijangka menjadi nama model kompak terbaharu Proton bagi menggantikan Savvy, disasarkan menjadi pencetus perubahan tanggapan pengguna terhadap Proton.  Model itu yang dibangunkan den… Read More
  • Neelofa Kunci Mulut Pelakon dan pengacara, Neelofa mengunci rapat mulutnya tentang gosip yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan kerabat Diraja. Menerusi beberapa akhbar tempatan, Lofa menegaskan dia enggan ditemuramah dan meminta dib… Read More
  • Che Ta risau berat badan tak turun KUALA LUMPUR: Jantina bakal anak hasil perkongsian hidup Rozita Che Wan dan Zain Saidin sejak 11 Disember lalu bukan rahsia lagi. Pasangan sama padan ini dijangka menyambut bayi perempuan pada hujung Oktober depan. Ke… Read More