Jika dahulu sebut sahaja nama Awie, kita sudah membayangkan filem
Sembilu, Maria Mariana, Merah, Tragedi Oktober dan sebagainya. Semua
filem-filem tersebut kebanyakkan kisah cinta walhal Awie, seorang
rockers tetapi berlakon watak cinta. Namun, itu tidak menjadi masalah
buat Awie malah disebabkan filem-filem lakonannya itu juga dia masih
bertahan sehingga kini.
Selepas zaman kegemilangannya itu, Awie tidak pernah hilang dari industri malah sentiasa ada buah tangan terbaru daripadanya. Konsert, teater, filem, program TV, mesti ada Awie. Awie juga masih lagi laku sebagai pelakon utama filem dan teater. Dari karektor hero jiwang, mat motor besar, kaki gaduh, mat poyo, hantu berkulat, tukang cuci hinggalah ke watak hero kampung semuanya telah dibawa dengan baik oleh lelaki bertubuh sasa ini dan majoriti filem-filem yang dibintanginya mendapat kutipan pecah panggung.
Baru sahaja selesai teater Supermokh The Musical Restaging, Awie sibuk pula dengan promosi filem Dollah Superstar. Awie memegang watak Dollah Rimau seorang gangster veteran yang memendam impian untuk menjadi seorang pelakon.
Kebanyakkan filem yang dilakonkan Awie berkisahkan komedi. Awie ada komen mengenai perkara ini.
“Cukup-cukuplah berlakon cintan cintun. Tak larat dah. Sebenarnya orang tidak tahu saya boleh membawakan watak komedi. Pengarah pertama yang mengesan bakat saya ialah Afdlin Shauki kemudian Mamat Khalid. Selepas itu banyak saya berlakon genre komedi. Macam filem ini saya terima kerana saya tidak pernah berlakon di bawah arahan Khabir Bhatia dan juga genre aksi komedi. Saya masih terima watak bercinta tetapi tidak kena dengan masa saya. Skop Production ada beri tawaran berlakon saya terpaksa tolak kerana ada komitmen yang lain. Filem Warna-warna Cinta lakonan saya dengan Erra itu tidak ada percintaan. Haa..korang jangan salah sangka pula ya. Tak ada tak ada. Nak tahu mengenai jalan cerita tersebut tunggu selesai ya,” kata Awie.
Mulai 2 Oktober ini, anda akan dapat saksikan Awie sekali lagi ke layar lebar dalam filem aksi komedi terbaru arahan pengarah versatil, Kabir Bhatia – Dollah Superstar. Memegang teraju utama sebagai seorang gangster veteran dengan rekod cemerlang dalam rompakan hingga mendapat gelaran Dollah Rimau, lakonan selamba Awie dengan air muka brutalnya serta penampilannya sebagai gangster tanpa jaket kulit yang mempunyai minat terpendam dalam bidang lakonan sudah pasti cukup untuk menggeletek hati penonton dan menggamatkan suasana pawagam.
Menyentuh mengenai keluarga, Awie begitu mengambil berat mengenai anak-anaknya. “Saya perlu bekerja keras untuk anak-anak. Selama ini pun saya bekerja bukan sahaja untuk mencari pendapatan sahaja tetapi untuk mereka. Tetapi sekarang saya perlu lebih kerja keras. Duit semua sudah habis. Jadi kenalah kerja dengan lebih. Saya memang risaukan anak-anak. Saya memang mengawasi mereka. Macam masa bulan puasa yang lalu, saya ada pengambaraan. Bila ada masa sedikit, saya akan pulang untuk masak buat mereka atau beli sesuatu untuk mereka berbuka puasa. Kemudian saya pergi semula ke set pengambaraan. Saya sudah pandai buat asam pedas tau! Apa-apa pun saya cuba dan sentiasa akan buat yang terbaik untuk anak-anak”, ujar Awie mengakhiri perbualan.