Siapa yang tidak kenal dengan Cha Cha Maembong. Kerjaya gadis berusia 18 tahun ini semakin hari semakin menyerlah terutama selepas berlakon di dalam drama Setia Hujung Nyawa bersama sepupunya Nelydia Senrose. Jika anda perasan laman sosial kepunyaan Cha Cha Maembong sekarang dipenuhi dengan status percintaan dan dipenuhi dengan ayat-ayat romantis. Adakah ini bermakna adik kepada Emma Maembong ini sedang bercinta?
Akhirnya berita gembira ini disahkan sendiri oleh kekasihnya iaitu Shafiq. Shafiq yang bertugas di Skuad Perodua ERA turut berkongsi cerita mengenai perkara tersebut. Buat pengetahuan peminat, mereka sudah saling mengenali sejak dari kecil. Ini kerana Cha Cha mempunyai tali persaudaraan dan perkara tersebut menambahkan lagi keakraban di antara mereka.
Ditanya kenapa memilih Cha Cha sebagai pasangan kekasih, Shafiq memaklumkan dia mengenali Cha Cha sebelum bergelar selebriti lagi dan ikhlas dengan hubungan tersebut namun buat masa kini mereka masih lagi di dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan tidak menolak jika jodoh dikekalkan mereka berdua akan bergerak ke fasa yang seterusnya.

Pasangan ini turut telah bersedia apabila dikaitkan dengan gosip mahupun cabaran yang mendatang. Sebagai selebriti Cha Cha turut profesional berhadapan dengan peminat dan berharap agar kesemua pihak mendoakan kebahagian kepada mereka.