Kuala Lumpur: Skuad bawah 16 tahun negara hanya selangkah untuk
melakar sejarah ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 tahun selepas
mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala AFC, malam tadi.
Kemenangan 2-1 mengatasi Oman memastikan kemaraan Malaysia selaku
naib juara Kumpulan A dengan mengumpul enam mata bagi mengiringi Korea
Selatan yang gah mengumpul sembilan mata selepas turut menewaskan
Thailand 2-0 di Stadium Muangthong dalam perlawanan yang dilangsungkan
serentak.
Hanya Australia kini menjadi penghalang skuad negara kendalian S
Balachandran melangkah ke separuh akhir dan memastikan tiket ke Piala
Dunia Bawah 17 Tahun pada kejohanan yang berlangsung di Chile tahun
depan.
Australia muncul juara Kumpulan B dan dijadual menentang Malaysia pada suku akhir di Stadium Muangthong Ahad nanti.
Australia muncul juara Kumpulan B dan dijadual menentang Malaysia pada suku akhir di Stadium Muangthong Ahad nanti.
Muhammad Najmuddin Samat muncul wira negara apabila meledak dua gol pada
babak kedua perlawanan selepas buntu memecahkan gawang lawan 45 minit
pertama pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala itu.