Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman.
Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat
kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari
rezeki halal.”
Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid
Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau
penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.
Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas
tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan
(GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.
“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.
“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.
Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua
Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38;
Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan
Rosnita Mawardi, 35.