Antara Awie, Datuk M.Nasir dan Datuk Ramli M.S...Siapakah Bakal Pengetua AF2014


Konsert Akademi Fantasia 2014, bakal menemui peminatnya dalam masa 5 hari saja lagi. Walaupun ramai yang mengatakan, Akademi Fantasia tak relevan lagi, tapi, masih ada peminat yang setia menantikan kemunculannya. Sama  ada peminat, penyokong  atau ‘haters’, jenama ini masih mampu lagi membawa anak-anak muda berbakat ke persada seni tanahair.

Walaupun, tenaga-tenaga pengajar, pengacara dan juga ke 12 pelajar-pelajar telah diperkenalkan baru-baru ini, pihak Astro masih belum memberi jawapan sebenar tentang bakal pengetua kepada Fakulti Akademi Fantasia 2014 nanti.  
 
Antara nama yang meniti di mulut-mulut mereka adalah nama Awie, dan sebab yang paling kuat adalah kerana dia adalah lagenda rock yang ternama, versatile dan juga kelakar antara salah satu sebab utama nama beliau bakal  dicalonkan sebagai pengetua. Walaubagaimanapun, ada desas-desus yang mengatakan kes Awie yang berkaitan dengan mahkamah baru-baru ini mungkin akan menjadi penyebab bukan Awie yang akan menjadi pengetua. Kalaulah betul Awie merupakan pengetua AF tahun ini, memang seoronok habis kalau penonton dapat lihat karakter Awie yang sebenar bila menjadi Pengetua. Yelah kalau sebelum ini, pengetua sebelum ini kelihatan lemah lembut dan sopan apabila menegur pelajar, mesti nampak lain bila Awie pula yang mengajar kan?

Selain itu, antara nama lain yang disebut, adalah kemunculan semula pengetua Akademi Fantasia musim-musim lalu seperti Datuk M.Nasir yang juga pernah menjadi pengetua AF3 dan juga Datuk Ramli M.S yang pernah memikul tugas sebagai pengetua untuk 2 musim iaitu AF2 dan AF6. Bagaiamanapun, gosip kencang yang mengatakan 2 nama besar ini akan bergabung sebagai pengetua juga turut terdengar. Masing-masing mempunyai kualiti yang berlainan dan unik.

Hasilnya, lihat saja siapakah bintang AF yang bernaung di bawah 2 nama besar tersebut seperti Adam AF2, Zahid AF2, Fara AF2, Stacy AF6, Toi AF6 dan juga Nubhan AF6 masih lagi di aktif di bidang seni tanahir.

Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan sama ada ianya rahsia atau ada drama yang bakal dikorek oleh pihak ASTRO untuk menaikkan kembali taraf Akademi Fantasia seperti musim terdahulu. Adakah airmata yang sengaja dicipta, atau semuanya akan datang dari realiti pelajar-pelajar AF2014 nanti, semuanya bakal terjawab menerusi Diari Akademi Fantasia yang telah pun bermula sejak Isnin 8.30 malam hingga Jumaat. Dan seterusnya, Konsert Akademi Fantasia 2014, pada hari Ahad, 9 malam yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.