Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan
Ibrahim mendakwa skuad Harimau Muda A tidak mampu bersaing di pentas
antarabangsa kerana mereka hanya didedahkan dengan liga bertaraf
‘kampung’ di Australia.
Beliau dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web Johor Southern
Tigers mengkritik tindakan seorang pengulas sukan stesen televisyen
swasta yang dikatakan tidak memberikan fakta tepat berhubung program
Harimau Muda A di luar negara.
Tunku Ismail berkata, beliau
sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memantapkan skuad kebangsaan
tapi tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar pasukan
Harimau Muda A bermain dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland
menguntungkan segelintir pihak saja.
“Bagi pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa-apa berkenaan bola sepak.
Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang
berdasarkan fakta kepada penyokong bola sepak tanah air.
“Yang pertama berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia.
“Yang pertama berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia.
Pengacara berkenaan mengatakan bahawa pemain bola sepak pasukan
Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu
beraksi untuk pertandingan peringkat ASEAN.
“Kami sentiasa menyokong pasukan kebangsaan namun bagi pendapat saya kenyataan itu tidak benar.
Ini kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia.
Bukan liga gred A.
Tetapi liga gred D atau E.
Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita,” ujar beliau dalam kenyataan itu.
Melalui kerjasama FAM dengan NPL, Harimau Muda A yang dikendalikan
oleh Datuk Ong Kim Swee diberi peluang untuk beraksi dalam liga NPL
Queensland bermula Mac lalu dan berakhir pertengahan minggu lalu.
Dalam 24 perlawanan mereka mencatat sembilan kemenangan, seri enam dan kalah sembilan untuk menduduki pertengahan liga.
Pasukan ini dihantar bagi tujuan pendedahan serta persiapan bagi
menghadapi Sukan Asia Incheon bulan depan serta Sukan SEA di Singapura
tahun depan.