• =>

Ringgit dibuka rendah, 4.3040 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap mata wang tempatan dan kebimbangan terhadap kejatuhan harga minyak. 

Pada jam 9.16 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.3040/3130 berbanding dolar AS berbanding 4.2870/2940 yang dicatatkan pada Jumaat lalu. 

Peniaga berkata, sementara kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS meredakan sesetengah ketidaktentuan, pelabur di pasaran baharu muncul menumpukan kepada perkara lain seperti kejatuhan harga minyak. 

Harga kontrak minyak AS semasa berada pada paras AS$35 setong, paras terendah dalam tempoh enam tahun. Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. 

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0456/0532 berbanding 3.0344/0400 yang dicatatkan pada Jumaat dan jatuh berbanding yen kepada 3.5509/5598 daripada 3.5342/5414. 

Ringgit juga susut berbanding pound kepada 6.4173/4333 berbanding 6.4039/4161 dan rendah berbanding euro kepada 4.6789/6904 daripada 4.6415/6495. - Bernama.



Pemancing Jumpa Kaki Manusia

NIBONG TEBAL: Seorang pemancing terkejut menemui bahagian kaki dipercayai milik seorang mangsa kemalangan yang dibuang ke sungai berdekatan Jeti Batu Musang, Batu Kawan, semalam. 

Pemancing berusia 30-an itu dikatakan sedang memancing di kawasan tebing berkenaan kira-kira jam 4.30 petang, apabila terlihat satu objek terbenam di dalam selut. Beliau kemudian memeriksa objek itu dan mendapati ia kaki manusia dari bahagian lutut ke bawah. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah, berkata bahagian kaki itu dipercayai dibuang ke dalam sungai oleh waris mangsa kemalangan motosikal pada 15 Disember lalu. "Bahagian kaki itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kita akan memanggil waris mangsa kemalangan bagi memudahkan doktor melakukan ujian DNA. "Ini untuk memastikan kaki yang dibuang itu adalah benar milik mangsa," katanya pada sidang media di sini, petang tadi.


Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Tahun 2016

Tarikh pembayaran bonus kakitangan awam 2016. Pengumuman pembayaran bonus kakitangan awam atau pembayaran imbuhan khas telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015. Untuk makluman juga, pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

Berikut adalah Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016 buat panduan kakitangan dan pesara kerajaan yang akan menerima bayaran pada Januari 2016 nanti :-


  • Tarikh Bayaran : 4 Januari 2016
  • Jumlah Pemberian Khas : RM500 (Kakitangan Kerajaan) & RM250 (Pesara Kerajaan)
Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016 ini dapat membantu menampung perbelanjaan kehidupan yang semakin meningkat kini disamping dapat menambah gaji bulanan terutama pada bulan Januari 2016 nanti.

Review Mudahnya Borong Barang China Online

Bertemu kita semula setelah sekian lama saya tak menulis sebarang artikel di blog ini. Baiklah, hari ini saya nak review sedikit mengenai "Mudahnya Borong China Online" oleh Ismail Arsad. Beliau telah lama berkecimpung dalam dunia borong barang-barang dari China.

Apa yang menariknya Mudahnya Borong China ini, saya terpanggil untuk review sedikit kelebihan dan memberikan sedikit peluang kepada anda yang meminati barang-barang dari China untuk dijual ke dalam pasaran tempatan.

Jadi ramai peniaga sama ada yang dah lama mahupun yang baru nak bermula hadapi masalah seperti :


crying Harga Kos Barang Mahal
crying Pesaing terlalu ramai dan ada yang mula main harga
crying  Tak Tahu Nak Cari Pembekal Dimana
 crying Pembekal Kenakan Harga Yang  Tinggi ( lagi-lagi lepas GST )
crying  Kadar Keuntungan Sedikit Kerana Kos Produk Tinggi
crying  Nak Cari Pembekal Yang Lebih Murah Tapi Tak Tahu Dimana
 crying Rasa Nak Order Terus Dari China, Tapi Dengar Kata Kena Beli Borong Baru Dapat Murah

Yang ni tengah FAMOUS di Facebook sekarang. 
Baju Support Tulang Belakang.
Harga orang jual di Facebook RM70.
Pembekal Tempatan ada yang jual sehingga RM30 seunit.
Harga di China antara 28.90 Yuan je ( Rm20++ )
ada yang boleh dapat lagi murah
Produk ini saya sendiri pernah jual dulu. Harga jualan di Facebook CUMA RM50.
Tapi berapa harga modal?
Bawah kiri = harga supplier tempatan
Bawah kanan = harga supplier China  ( 1 yuan = RM0.70) = Rm4.xx

Yang ini pula. Harga jual kalau untuk 2m ni tak mahal. Cuma RM350-RM400.
Tapi tgk harga modal.. ermm. 166 yuan je.
Adalah dalam RM120 kalau convert.
Mahal ke murah?
Yang ini lagi BEST.. saya tak tahu berapa harga market di Malaysia sekarang.
Tapi TAK  pernah jumpa BAWAH RM100
Tapi bila tengok harga dari pembekal.. 
WOW! Serendah RM75 je?

Sekarang semua dah mula terliur kan?

Tetapi ada segelintir rakan-rakan dan mungkin anda juga memikirkan

sad Belum ada kos yang cukup untuk ke China
sad Tak ada masa nak pergi
sad Takut nak pergi
sad Tidak mahir selok belok disana
sad Jika pergi pun tak tahu nak cari barang bagaimana dan dimana

Tapi! TAK PERLU RISAU! Sebab sebenarnya, TANPA perlu pergi ke sana pun anda boleh lakukan pembelian SECARA ONLINE dari Malaysia

Jadi, beberapa bulan lepas saya terpanggil untuk mengadakan beberapa siri kelas untuk mengajar para-para usahawan dan bakal usahawan betapa mudahnya untuk membeli barangan terus dari China secara Online. Antara platform yang saya dedahkan pada mereka adalah melalui Taobao.
Batch 1
Batch 2
Yang menariknya walaupun nama kelasnya berkaitan borong china secara online, tetapi sebenarnya nak beli SECARA 1 UNIT pun boleh dapat pada harga yang rendah, adakala lagi rendah dari pembekal tempatan.
Lihat apa kata peserta-peserta kelas tersebut :
Tak cukup dengan itu, ada yang dalam kelas pun dah terus buat belian, dan ada yang balik dari kelas pun dah cuba buat belian pertama. Yang bestnya, barang sampai dalam tempoh 5-7 hari masa bekerja je.
Rekod saya paling cepat dapat barang 4 hari masa bekerja.
Ini sebahagian dari mereka yang TAKE ACTION

Tetapi ada ramai yang maklumkan pada saya tidak berkesempatan untuk hadir kekelas, ada yang jauh, terpaksa jaga anak dirumah, ada yang tersama dengan tarikh kelas-kelas yang lain dan beberapa masalah lagi walaupun mereka amat berminat untuk hadir.
Jadi disebabkan itu, saya ingin membantu mereka semua termasuk anda para usahawan dan bakal usahawan dengan 
Memperkenalkan....
Ebook Mudahnya Borong China Online.

Satu panduan lengkap step by step bagaimana anda nak lakukan pembelian terus dari china pada harga yang rendah.
Sekali lagi, walaupun namanya borong tetapi jangan risau kerana apa yang terkandung dalam ebook ini bakal membantu anda dari segi
  • Tak perlu pergi ke china
  • Boleh beli terus dari laptop / PC anda
  • Tak perlu pergi bank untuk lakukan pembayaran produk
  • Hanya perlu buat belian dan tunggu barang sampai terus kerumah anda
  • Boleh beli barang serendah 1 UNIT pada harga rendah.
Baiklah, sekarang, anda dah mula tertanya-tanya kan, apa yang terkandung dalam Ebook ini?

Apa yang bakal anda perolehi dari E-book ini ?

Bagi memudahkan pemahaman anda kandungan ebook akan menunjukkan contoh sebenar yang telah saya sendiri gunakan dan berdasarkan study case  dan pengalaman saya sendiri. Dan saya juga guide anda secara STEP BY STEP mana yang perlu dilakukan dahulu dan mana yang kemudian supaya anda tidak tersasar dan tersilap dalam beberapa perkara nanti.
Bagaimana E-book ini dan dapat membantu anda dan adakah pelaburan anda memiliki E-book ini berbaloi?
Okay, saya ambil contoh, jika sebelum ini, anda buat dropship, atau ambil borong di pembekal tempatan, secara purata 100 unit sebulan, bagaimana jika anda boleh dapatkan produk tersebut pada harga kurang RM1 dari pembekal sedia ada? Anda dah jimat RM100 sebulan.
Tetapi bagaimana jika anda terus berurusan dengan pembekal barang tersebut terus dari China dengan perbezaan harga adakala mencecah RM10 lebih rendah berbanding pembekal tempatan, lagi-lagi jika anda buat dropship? Berapa anda jimat untuk 100 unit jualan anda sebulan tadi?
Itu baru utk 100 unit dah untuk sebulan.
Jika lebih?

Bagaimana untuk segera memiliki Ebook Mudahnya Borong China Online ini ?

Untuk memiliki ebook ini mudah sahaja. Anda hanya perlu klik butang tempahan dan terus lakukan tempahan anda. Saya berikan anda link untuk anda menempah Ebook ini bagi anda yang berminat.


Masih Mencari Tempat Untuk Limpahan Trafik Antarabangsa?

Hari ini saya berkesempatan untuk luangkan masa bagi memberikan info mengenai trafik dalam dan luarnegara melalui satu blog khas yang telah dibina dan kini menghasilkan strategi pemasaran antarabangsa.

Mungkin ada yang kata, ala sekadar omong kosong je tu! Tapi jika anda yang berfikiran positif, saya berikan anda peluang ini bagi memulakan trend anda disini.

Pertama, saya ingin sampaikan bahawa blog http://bestautosurftraffic.blogspot.my adalah alternatif terbaik saya bagi membantu anda memasarkan produk dan affiliate bertaraf antarabangsa disitu. Apa yang menjadikan blog ini terbaik, ini adalah kerana banyak produk-produk affiliate boleh dipasarkan melalui blog ini.

Tumpuan adalah dari pengunjung di blog ini adalah mencari produk anda. So, jangan sia-siakan peluang ini kerana saya mempunyai alternatif menarik bagi menarik pengunjung dari luar (antarabangsa) datang ke blog ini bagi menghasilkan income dan klik pada affiliate anda.

Inilah peluang terbaik anda sekiranya anda ingin membuka peluang kepada diri anda, hasil terbaik yang dibawa dari saya untuk anda.

Penerimaan oleh pengunjung antarabangsa terhadap blog ini agak baik kerana hasil klik dan pengunjung unik juga agak ramai. So, saya sendiri percaya bahawa penghasilan dari pendapatan sambilan melalui blog ini datangnya dari pengunjung antarabangsa dan tempatan. Ambil kesempatan ini untuk pasarkan affiliate anda atau website anda di blog tersebut.

Bagaimana untuk memulakannya? Senang saja, anda hanya perlu membuat bayaran ke akaun Md Yakub bin Abd Ghani (Maybank - 162526099414) sebanyak RM35 selama sebulan. Kemudian anda post link affiliate/website anda, bukti bayaran anda ke mdyakubag@gmail.com.

Setelah pengesahan dibuat, saya akan aktifkan kedudukan link anda berada di blog http://bestautosurftraffic.blogspot.my

Setelah sebulan, untuk mengaktifkan semula iklan anda, buat bayaran semula seperti diatas. Jangan tunggu kerana harga ini saya akan naikkan bila-bila masa. So, bertindak segera sebelum terlambat!

Membantu anda untuk meningkatkan pendapatan anda secara konsisten.

Trafik Ke Website dan Blog Mencanak Masuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pengunjung blog ini....

Sedikit info untuk saya kongsikan kepada anda iaitu saya telah membina blog khas untuk yang ingin parking bagi tujuan promosi affiliate antarabangsa dan tempatan. So, saya berikan peluang segera dengan tujuan membantu sesama kita.

Sebagai panduan untuk parking di blog yang saya bina ini, saya minta hanya link atau banner disertakan ke email saya mdyakubag@gmail.com bagi tujuan saya letakkan link anda di blog tersebut.

Bayaran untuk parking hanya RM35 sebulan dan ia amat berbaloi memandangkan peluang yang saya sediakan adalah terbaik untuk anda. Bayaran boleh dibuat ke atas nama Md Yakub bin Abd Ghani (Maybank - 162526099414). Sila kepilkan bukti bayaran anda ke email berserta link yang hendak diletakkan.

Link Blog : http://bestautosurftraffic.blogspot.my

Sekian pengumuman terbaru dan terkini dari saya untuk menjana pendapatan antarabangsa anda terutamanya yang mempunyai link affiliate warrior plus, clickbank dan sebagainya adalah sesuai. Untuk tempatan juga diberikan keutamaan yang sama kerana pengunjung blog ini adalah dari pelusuk dunia dan pelbagai bangsa. Terima kasih kerana membaca sedikit mukadimah dari saya. :)

Memang sah Kevin Morais

Kuala Lumpur : Ujian DNA yang dilakukan terhadap mayat lelaki reput ditemui ditanam dalam tong dram di Subang Jaya, Khamis lalu, disahkan sebagai Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, ujian dilakukan pakar patologi mengesahkan persamaan DNA mangsa dengan sampel ahli keluarga Kevin.

Menurutnya, mayat mangsa kini masih menjalani proses autopsi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mengenal pasti punca dan cara kematiannya. 

Sementara itu, dalam pencarian barang kes oleh pasukan penyelam Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pihaknya masih menunggu penemuan positif.

Coretan menyentuh hati daripada seorang suami

Kota Bharu: Pilu hingga menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Itu yang dapat diperkatakan mengenai satu coretan dalam Facebook Allahyarham Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, yang syahid selepas terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu.

Coretan dalam FB menggunakan nama Umi Basheer yang ‘viral’ itu dibuat suami Allahyarham, Mohd Fazlin Ismail, 37, selepas mendapat khabar duka isterinya terkorban dalam tragedi berkenaan.

Ketika dihubungi, di sini, Mohd Fazlin mengakui membuat coretan berkenaan khas untuk isterinya.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka ia menjadi ‘viral’.

“Ketika ini saya dan ibu mentua menanti untuk mendapatkan visa ke Makkah,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai coretannya itu.

Berikut coretan Mohd Fazlin:
Selamat jalan isteriku, umi memang layak digelar syuhada. Damailah kau di sana
“16 tahun masa kita bersama. Bukanlah mudah bahtera kehidupan yang kita bina bersama-sama dilayari. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kita tempuhi bersama-sama.

16 tahun masa kita bersama, Umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah. Tidak sekelumit pun hilang kesetiaan Umi pada abah.

16 tahun masa kita bersama, kini Umi telah pergi buat selama-lamanya. Tiada orang yang paling bertuah di dunia ini abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yang solehah seperti Umi.

Kini, kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami. Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redha dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya Umi sebagai seorang syuhada.

InshaAllah, abah akan penuhi hajat yang sentiasa Umi luahkan. Anak-anak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukup-cukupnya. Biarlah suatu hari nanti anak-anak kita akan bergelar hafiz dan hafizah.

Moga-moga abah, kakak, adik dan Eiman dapat bertemu kembali dengan Umi di Sana nanti.

Abah halalkan dan ampunkan segala dosa-dosa Umi. Umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah. Abah redha dengan segala-galanya.
Damailah Umi di sana.

Astro akur keputusan Che Ta

Kuala Lumpur : Astro selaku penyiar program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 akur dan menghormati keputusan Rozita Che Wan, 42, yang mengesahkan menarik diri sebagai juri tetap program berkenaan semalam. 

Rozita atau Che Ta membuat keputusan itu selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim, malam Ahad lalu.

Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad berkata, pihaknya menerima pengunduran Rozita dengan hati terbuka kerana keputusan terbabit dilakukan atas dasar profesionalisme.

“Sebenarnya selepas tamat program AF malam Ahad itu, Rozita sudah berjumpa saya dan menyuarakan hasrat untuk menarik diri selepas insiden itu.

"Kita pun tidak boleh paksa mana-mana individu terus bekerjasama dalam program kita jika keadaan kurang menyenangkan pihak tertentu.

"Sebagai menghormati pendiriannya dan mempertimbangkan keselesaan semua pihak, maka kami menerima keputusannya," katanya 

Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila Edry dikatakan tidak berpuas hati dengan kritikan Rozita terhadap persembahan salah seorang pelajar iaitu Sufi ketika program berlangsung.

Insiden terbabit juga kurang disedari penonton dan diperkatakan pada malam kejadian kerana menyangka ia adalah sebahagian daripada gimik program.

Dalam pada itu, Raqim berkata, pihaknya akan mendapatkan pengganti Rozita sebelum konsert minggu ketujuh, Ahad ini.

"Buat masa sekarang, kita tidak dapat umumkan lagi (pengganti) tapi memang akan ada seseorang yang akan menggantikan Rozita sebagai juri tetap.

"Kita sedang meneliti beberapa calon pengganti dan orang itu akan diperkenalkan pada malam konsert Ahad ini," katanya.

Komando atas kapal kargo

Kuala Lumpur : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meletakkan pasukan komando di atas kapal milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara rawak dalam masa terdekat.

Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata ia adalah sebagai langkah untuk membanteras kegiatan lanun di perairan Malaysia.

"Perbincangan bersama pengurusan syarikat GLC terbabit sudah dilakukan dan mereka sudah bersetuju dengan langkah itu.

"Sekurang-kurangnya empat enggota komando akan berada di atas kapal kargo berkenaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa Mengenai Masalah Lanun, Rompakan Bersenjata dan Keselamatan Maritim, di sini, hari ini.

Ketika ditanya bila operasi itu akan dimulakan, Zulkifli berkata pihaknya kini dalam peringkat terakhir dan hanya menunggu masa sesuai untuk digerakkan.

Aidiladha 24 September ini

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 September ini, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 Sept 2015.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 Sept 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini. Bernama