Pelakon Izreen Azminda-Muhammad Riza sah bercerai dengan talak satu


KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda, 29, sah diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi semalam.

Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang, malah tiada wakil media yang hadir ketika sebutan kes berlangsung.
Sebelum ini, BH pernah melaporkan menerusi sumber bahawa Riza, 31, dilaporkan melafazkan cerai ke atas Izreen di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu ketika pelakon itu menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, siaran TV3.

Bagaimanapun, Riza kemudian tampil mempertikaikan apa yang terjadi.

Ketika dihubungi petang tadi, Izreen menjelaskan beliau tidak menuntut apa-apa daripada bekas suami, selain kebajikan untuk anak mereka, Adrian Umar.

“Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya," katanya.

Izreen mengaku lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik.
Demi anak, Izreen dan bekas suami juga sepakat untuk terus berkawan.

“Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

“Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” katanya.

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.

Related Posts:

  • MAS tawar promosi sehingga 50 peratus Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan diskaun tiket sehingga 50 peratus ke destinasi popular dalam kempen promosi Malaysia Airlines Travel Fair (MATF 2014).  Promosi berkenaan yang bermula 15 hingga 24 Mei menawa… Read More
  • 'PUAS LEPAS GERAM' GANDINGAN bergu negara, Tan Boon Heong (kanan) dan Hoon Thien How ketika bertemu bergu dari India, B Sumeeth Reddy-Manu Attri pada aksi sulung Kumpulan D, kempen Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, I… Read More
  • Setuju syor kaji semula larangan: Hishammuddin Kuala Lumpur: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata secara peribadi beliau bersetuju larangan penggunaan cermin gelap untuk kenderaan dikaji semula.  Namun, menjawab soalan ra… Read More
  • Isteri pramugara dapat anak lelaki Bayi diberi nama Muhammad dilahir secara pembedahan Kuala Lumpur: Intan Maizura Othaman, isteri pramugara pesawat MH370, Mohd Hazrin Hasnan, selamat melahirkan anak kedua di Hospital Putrajaya, semalam.  … Read More
  • Selangor elak cetus provokasi Kuala Lumpur: Selain Selangor membara untuk membalas dendam kekalahan 4-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, Februari lalu, penyokong skuad Gergasi Merah itu juga masih 'panas' dengan hasrat JDT baru-baru ini yan… Read More