Pasangan romantik, Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta bakal menimang cahaya mata perempuan!
Berita gembira jantina bayi mereka disahkan secara eksklusif dalam
hLive! pada jam 1 petang tadi di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.
Teruja dengan ketibaan puteri mereka, Zain dan Che Ta sudah mempunyai
nama untuk bayi perempuan mereka. Selain nama, aktres ini turut akui
telah membeli kelengkapan persalinan bayi mereka.
“Actually saya sudah beli gaun, lahir-lahir sahaja anak kami akan
pakai gaun. Pakaian semua saya beli waktu kami pergi ke London baru-baru
ini”, jelas Che Ta ketika ditemubual oleh hos lokasi hlive!, CK Faizal.
Tambah Zain lagi, “Untuk nama pula saya pilih nama pertama bayi ini. Dia bakal mempunyai tiga nama, lagi dua saya serahkan pada Che Ta”. Sementara itu, Zain mengakui tidak mempunyai masalah melayan kerenah Che Ta yang sering mengidam sepanjang tempoh kehamilannya.
“Dia pernah dia meminta saya untuk mencari Ramly Burger yang dijual di tepi jalan pada pukul 4 pagi. Saya turutkan saja." Che Ta yang kini hamil selama 24 minggu dijadualkan bersalin pada awal November nanti.