Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata keadaan keselamatan di seluruh negeri ini termasuk di pantai timur terkawal serta tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.
"Saya tak faham apa tujuan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat sedemikian, ia tiada asas kerana keadaan keselamatan di Sabah berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran khabar angin di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya berlaku keadaan kacau bilau serta dakwaan kumpulan pengganas akan menyerang negeri ini.