Kuala Lumpur: Tindakan seorang isteri enggan membenarkan suami
berkahwin lain menyebabkan dia diterajang ala kung fu oleh suaminya
hingga terpelanting.
Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 31 tahun
dibelasah mangsa di kediaman mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini,
kelmarin.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyediakan
juadah berbuka puasa sebelum suaminya tiba-tiba memberitahu hasrat mahu
berkahwin lagi.
Menurutnya, mangsa yang tersentak dengan
permintaan itu bagaimanapun memberitahu tidak bersetuju dengan rancangan
suaminya untuk bernikah lagi.