Ana Raffali Bakal Bergelar Ibu

Rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t, berkat kesabaran yang tinggi selepas kira-kira dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya penyanyi 'Tolong Ingatkan Aku' ini telah disahkan mengandung oleh doktor. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Ana kepada peminat menerusi laman sosial instagram.

Diantara kapsyen didalam gambar tersebut adalah: "Alhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)"

Bukan itu saja, pada gambar tersebut turut disertakan patung lego yang menggambarkan dirinya amat bahagia disamping suami yang tersayang. Rata-rata peminat setia penyanyi ini turut gembira dengan berita baik tersebut dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar kelak.

Ana dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kebahagian rumah tangganya selain berjanji akan menjaga kandungannya sebaik mungkin. Sekali lagi, tahniah kepada pasangan ini semoga berbahagia selalu!