Belum lagi reda dengan pergolakkan rumahtangga penyanyi rock tanahair,
timbul pula kisah rumahtangga seorang pelakon lelaki yang kini sibuk
dengan perniagaan kicap dan belacan yang dikatakan semakin maju. Nama
Ezany Nizariff, disebut semula kerana kisah pergolakkan rumahtangganya
yang semakin goyah hingga menjadi kes polis.
Semua ini berlaku setelah Ezany telah membuat laporan polis kerana
isterinya Lizda, dikatakan 'hilang' ketika beliau bangun untuk bersahur.
Menurut sumber, Ezany bangun dari tidur dan mendapati isterinya tiada
di rumah dan setelah diperiksa, beliau mendapati pintu utama rumahnya
tidak berkunci. Puas dia menelefon telefon bimbit isterinya tetapi gagal
dan Ezany turut cuba menelefon rumah keluarga Lizda di Labuan tetapi
mereka tidak dimaklumkan apa-apa oleh Lizda tentang kepulangannya ke
kampung.
Menurut Ezany lagi, dia mengakui bahawa perkahwinan mereka telah lama
bermasalah dan tak menyangkal munculnya orang ketiga kerana Ezany turut
melaporkan, isterinya itu disyaki melarikan diri bersama seorang lelaki
dari Seri Kembangan, Puchong. Ezany telah melaporkan kes ini di Balai
Polis Bandar Kinrara dan enggan mengulas lebih lanjut tentang isu ini.
Semoga kes Ezany dan isterinya dapat diselesaikan dengan cara baik di
bulan yang baik ini.