Izzue Islam Kecewa Dituduh Tidak Sensitif


Umum mengetahui mengenai tragedi yang menimpa pesawat MH17. Namun diatas kesedihan yang menimpa, ada juga beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama selebriti untuk meraih perhatian yang tidak sepatutnya.

Selebriti yang telah menjadi mangsa tersebut ialah Izzue Islam. Menurut Izzue atau lebih mesra dengan panggilan Pok Jue ini, dia kesal kerana ada pihak telah menggunakan akaun palsu yang menggunakan profil gambar dirinya. Pada status akaun tersebut ada beberapa status yang mengkritik tragedi MH17.

Menerusi akaun palsu itu, turut dicadangkan supaya syarikat penerbangan itu tidak lagi menghidangkan minuman keras dan meminta pramugari mereka menjaga aurat mereka. Perkara tersebut telah mendapat reaksi negatif dari peminat dan ada juga yang tidak mengetahui mengenai akaun tersebut adalah palsu.

Izzue dalam kenyataannya berharap agar pihak tidak bertanggungjawab ini segera hentikan perkara tersebut kerana ianya boleh menimbulkan perkara yang tidak senang kepada perasaan keluarga mangsa. Menurutnya lagi, ia turut memberi kesan negatif kepada dirinya dan dianggap sebagai seorang yang tidak sensitif dengan isu semasa.