“My weakness is women!” - Caprice
By Info Blog at 5:50 PG
Penyanyi hip hop , Caprice, muncul dengan lagu baru berjudul, 'Xde Hal Bro'. Lagu yang sedang berada di playlist ERA ini semakin diterima oleh pendengar walaupun baru dua bulan dikeluarkan.
“Saya rasa sangat bertuah kerana lagu ini telah diterima ramai dan berada di dalam carta. Sudah lama lagu saya tidak kedengaran. Alhamdullilah kali ini menjadi dan semua boleh dengar. Terima kasih ERA fm".
Apa yang lebih menarik, Caprice telah membuat sebuah video klip tetapi bukan secara rasmi. Video klip rasmi akan siap hujung bulan September 2014. Tetapi adakah benar lagu ini diterima ramai kerana Caprice menampilkan seorang wanita cantik dalam video klip tersebut?
“Oh, dia bukan kekasih saya tetapi kawan saya. Saya pun tidak pasti disebabkan itu lagu ini diterima. Yang pasti lagu ini bertajuk 'Xde Hal Bro', sememangnya saya buat untuk menarik minat pendengar. Perkataan itu kan begitu senang diungkapkan. Jika dilihat, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan, mesti ada perkataan takde hal la bro. Jadi bila masuk studio saya buat lagu terus teringat akan perkataan itu”.
Jika anda dengar dan lihat video klip lagu ini, ada sedikit lucah. Tetapi Caprice ada jawapan yang tesendiri. “Sebenarnya lagu ini maksudnya terus terang, tidak ada maksud tersirat. Dalam video klip di mana babak saya membawa wanita ke bilik hotel bukanlah suatu perkara yang lucah atau tidak sesuai. Tetapi ia hanya babak untuk menjayakan jalan cerita tersebut”.
Sebelum ini Caprice banyak juga buat lagu tetapi kebanyakkannya semua bercerita pasal wanita. Berbeza dengan lagu ini, ia dicipta mengikut gerak hati dengan yang sedang dirasa oleh Caprice sendiri.
Caprice mengakui dirinya bad boy apabila berhadapan dengan perkara seperti dating dengan wanita. “My weakness is women especially Neelofa and Kila Fairy”. Kenyataan berani dari Caprice. Untuk Hari Raya yang bakal tiba, Caprice akan beraya di rumah neneknya di Jelebu, Negeri Sembilan.