Raisyyah Rania Yeap Make Up Sendiri Di Hari Pernikahannya

Ramai yang terkejut dengan berita pernikahan Raisyyah Rania Yeap atau nama sebenarnya Felicia Yeap yang baru sahaja bergelar isteri kepada pilihan hatinya Dr. Rezal Khairi Ahmad yang merupakan seorang pakar teknologi Nano.Mereka diijabkabulkan pada hari semalam, Sabtu 6 Jun 2015, jam 10.30 pagi.


Lebih istimewa, Raisyyah Rania turut berkongsi cerita menarik yang mana beliau menyolek sendiri wajahnya untuk hari pernikahannya. Majlis pernikahan berlangsung dengan sederhana dan turut dihadiri oleh kedua belah pihak dan sahabat rapat.