Kuala
Lumpur: 'Tak bogel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya
membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang
wanita yang merakamkan gambar bogelnya.
Mangsa
yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi
laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video
menggunakan laman Skype.
Menurutnya,
wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan
mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum
sekiranya gagal membayar wang berkenaan.
Tan
berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila
mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.
Tan
mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain
mempunyai tubuh badan menarik.