KUALA
LUMPUR: Amyza Aznan kini mengikut jejak artis tanah air seperti Ziana Zain yang
memilih untuk tidak mengandung lagi.
Hal itu diberitahu sendiri ibu kepada tiga anak lelaki ini apabila
tumpuannya kini adalah membesarkan anak-anak dan menjaga rumah tangganya.
Kata ibu kepada Ayden Andika Khairil Izhar yang lahir pada 5 November tahun lalu, dia sebenarnya mensasarkan untuk memiliki lebih daripada dua anak dan semuanya hari ini sudah menjadi kenyataan.
Kata ibu kepada Ayden Andika Khairil Izhar yang lahir pada 5 November tahun lalu, dia sebenarnya mensasarkan untuk memiliki lebih daripada dua anak dan semuanya hari ini sudah menjadi kenyataan.
Amyza juga pernah melalui episod duka apabila mengalami keguguran
sebelum hamil anak ketiga.
"Janji sudah lebih daripada dua orang anak. Alhamdulillah, tak kira lelaki atau perempuan, semua itu amanah Tuhan. Jadi memang saya sudah 'tutup kilang'... tak mahu mengandung lagi.
"Janji sudah lebih daripada dua orang anak. Alhamdulillah, tak kira lelaki atau perempuan, semua itu amanah Tuhan. Jadi memang saya sudah 'tutup kilang'... tak mahu mengandung lagi.
"Biarlah sekarang tumpuan saya membesarkan anak dan menjaga rumah
tangga," kata ibu kepada Andre Mikhail dan Adrian Adam itu.
Dalam perkembangan lain, Amyza kini sedang melunaskan penggambaran
telefilem berjudul Firdaus arahan Azma Aizal Yusoof. Amyza membawakan watak
Rahmah seorang kakak yang gila akibat didera suami.
Turut berlakon ialah Amar Asyraf, Fizz Fairuz dan Fauziah Nawi. Ia akan disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi.
Turut berlakon ialah Amar Asyraf, Fizz Fairuz dan Fauziah Nawi. Ia akan disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi.
"Rahmah dijaga adiknya lakonan Amar Asyrag yang hidup kais pagi
makan pagi. Oleh kerana dia kuat merayap dan duduk di bawah jambatan, adiknya
nekad mengurung dia. Di flat yang didiami mereka, Rahmah turut mengenali
seorang budak sekolah rendah.
"Mereka jadi rapat dan budak itu hari-hari kena pukul dengan
bapanya lakonan Fizz Fairuz.
Dijadikan cerita desakan hidup membuatkan mereka
jadi gelandangan dan bertemu dengan nenek yang juga hidup merempat lakonan
Fauziah Nawi.
"Saya teruja kerana dapat berlakon semula untuk cerita ini di bawah
arahan Azma. Dia seorang pengarah dan kawan yang hebat," katanya.