Jeddah:
Gambar seekor kucing menanti waktu berbuka puasa di Masjidiharam yang menjadi
viral di media sosial mendapat pujian masyarakat Islam dan bukan Islam.
Ramai
yang memuji haiwan berkenaan kerana begitu sopan serta sabar.
Amed
Al-Jawhari berkata, di Twitter perbuatan kucing itu jelas menunjukkan haiwan
juga mampu menghormati Ramadan dan Tuhan.
“Nampaknya
kucing ini sudah menempah tempat duduknya untuk berbuka puasa di
Masjidilharam,” katanya.
Mohammad
Massad pula berkata: “Terujanya melihat kucing duduk bersama kami menunggu
waktu berbuka puasa.”
Seorang
lagi, Asael Bukhari berkata, gambar itu membuktikan hak diberikan Islam kepada
haiwan.
“Tidak
siapapun menghalau kucing itu walaupun dia duduk bersama orang yang menanti
waktu berbuka puasa.
“Sebaliknya
mereka yang berada di situ bergembira dengan kehadiran kucing itu,” katanya.
Sementara
itu, seorang lagi pengguna laman media sosial Azmat Ahmed kagum dengan
kesabaran haiwan berkenaan.
“Lazimnya
kucing tidak akan menunggu jika makanan diletakkan di depannya.
“Namun
kucing ini begitu sopan, membuktikan haiwan juga memahami besarnya erti
Ramadan,” katanya. - Agensi