Washington:
Amerika Syarikat akan meletakkan gambar wanita buat pertama kali untuk wang
kertas baru AS$10 pada 2020, menggantikan wajah Setiausaha Perbendaharaan
Pertama Alexander Hamilton.
Sebelum
ini, hanya dua kali wanita muncul pada wang kertas Amerika iaitu Martha
Washington, isteri Presiden George Washington pada not AS$1 (1880-an hingga
1890-an) dan Pocahontas - wanita Asli Amerika di Jamestown, muncul bersama
sekumpulan orang untuk not itu pada 1860-an.
Hari ini,
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Jacob Lew berkata, wanita pada not baru AS$10
itu akan dipilih tahun ini selepas menilai idea daripada orang ramai dan antara
ciri wanita dipertimbangkan ialah mewakili perjuangan demokrasi.
Semua
wang kertas Amerika sekarang memaparkan imej lelaki yang sejarah mereka memberi
kesan besar kepada negara iaitu Washington pada AS$1, Presiden Thomas Jefferson
(AS$2), Presiden Abraham Lincoln (AS$5), Hamilton (AS$10), Presiden Andrew
Jackson (AS$20), Presiden S Grant (AS$50) dan Benjamin Franklin (AS$$100).
Sebelum
ini, Senator Jeanne Shaheen dari New Hampshire mencadangkan kerajaan Amerika
memperkenal not AS$20 dengan imej wanita, antaranya Harriet Tubman, hamba yang
membantu hamba lain membebaskan diri, Rosa Parks yang mencetuskan persamaan hak
pada 1955 apabila enggan memberi tempat duduknya dalam bas kepada lelaki kulit
putih.
Wanita
lain yang dicadangkan ialah Eleanor Roosevelt (isteri Presiden Roosevel) dan
Wilma Mankiller, ketua wanita pertama Cherokee.