Kuala
Lumpur: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang gila seks sanggup
menjadikan 11 kanak-kanak dan remaja lelaki sebagai alat untuk memuaskan nafsu
gilanya itu.
Bagi
memancing mangsa, lelaki terbabit akan memberikan upah antara RM5 hingga RM50
setiap kali selepas mangsa diarah melakukan seks oral atau mengikuti kelas
tuisyen seks dianjurkannya di kediamannya di Setapak di sini sejak dua tahun
lalu.
Lelaki
berkenaan dikatakan turut mengajar mangsa kaedah untuk melakukan seks oral,
menonton video lucah bersamanya sebelum merakam gambar bogel mangsa sebagai
koleksi peribadinya.
Kegiatan
‘gila’ lelaki itu terbongkar selepas dia ditahan polis pada 12 April lalu di
sebuah kondominium di Setapak Jaya di sini,
Kejayaan
tangkapan itu hasil siasatan polis melalui Ops Kasturi bagi mengesan dan
mengenal pasti kanak-kanak yang menjadi mangsanya dalam kes itu.