Kota
Kinabalu: Dua lagi gempa bumi lemah berpusat di Ranau direkodkan masing-masing
bermagnitud 2.6 dan 3.0, petang tadi.
Pengarah
Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, kedua-dua gempa bumi
lemah ini berlaku pada 6.29 dan 6.39 petang tadi.
"Kejadian
ini berlaku selepas gegaran magnitud 4.3 turut dirasai sehingga bandar raya
ini, 5.33 petang tadi.
"Kedua-dua
gempa bumi lemah ini bagaimanapun hanya dirasai di sekitar Ranau," katanya
ketika dihubungi.
Ini
adalah gegaran keempat dilaporkan hari ini. Gempa lemah pertama hari ini
bermagnitud 3.3 berlaku pada 10.54 pagi tadi di Ranau.