Kano,
Nigeria: Letupan bom yang membunuh 10 orang di sebuah pasar di sini, semalam,
dilakukan pengebom nekad - seorang budak perempuan berusia 12 tahun.
Serangan
itu diyakini dilakukan kumpulan pemberontak Boko Haram yang terkenal
menggunakan wanita dan remaja perempuan sebagai pengebom nekad dengan
mensasarkan kawasan tumpuan ramai, terutama pasar.
Serangan
terbaru itu berlaku di sebuah pasar di Wagir, di selatan Nigeria.
“Ia
serangan nekad oleh budak perempuan berusia sekitar 12 tahun.
"Dia
meletupkan dirinya di tengah-tengah orang ramai dan peniaga. Seramai 10 orang
mati dan kami membawa 30 lagi ke hospital,” kata Hussaini Aisami yang anggota
keluarganya antara 30 mangsa cedera.
Isnin
lalu, seorang remaja perempuabn berusia 17 tahun melakukan serangan bom nekad
itu di sebuah stesen bas di Maiduguri, negeri Borno, menyebabkan 20 orang maut.
Pasukan
keselamatan percaya bom yang di bawa mereka diletupkan dari jauh menggunakan
alat kawalan jauh.
Serangan
bom nekad dan pertempuran oleh Bako Haram meningkat sejak Presiden baru
Nigeria, Muhammadu Buhari, yang mengambil alih kuasa pada 29 Mei lalu,
melancarkan peperangan membasmi militan dan sudah menyebabkan leboh 200 orang
terbunuh. - AFP