KUALA
LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat mengesahkan sama ada rakyat
Malaysia turut ditahan pihak berkuasa India dalam kes cubaan menyeludup
jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta) ke negara itu semalam.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih belum mendapat
maklumat berhubung penahanan berkenaan.
"Interpol
belum memaklumkan kami," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Semalam,
45 penumpang pesawat AirAsia antara 56 suspek yang ditahan pihak berkuasa India
di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Andhra Pradesh selepas mereka
dikesan cuba menyeludup 62 kilogram jongkong emas, menurut akhbar Times of
India.
Jongkong
emas berkenaan ditemui tersembunyi bersama barangan elektronik penumpang
daripada penerbangan dua pesawat syarikat berkenaan yang berlepas dari Kuala
Lumpur.
Beberapa
lagi jongkong emas turut ditemui dalam penerbangan Silk Air dari Singapura. -
Bernama