KUALA LUMPUR:
Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak
konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.
Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan, berkata
surat berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau
berkata, mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred
Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah
sebanyak 32,803 orang.
"Penjawat
awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten)
adalah sebanyak 130,204 orang," katanya.
Ali
sebelum ini dilaporkan berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam
yang liat membayar hutang PTPTN hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir
bagi menyelesaikan masalah itu.