Petaling
Jaya: “Selama 25 tahun berkhidmat dengan MAS (Penerbangan Malaysia), (saya
seperti) tidak berguna bagi syarikat kerana mereka pecat saya melalui satu
panggilan telefon saja,” dakwa seorang pramugari syarikat berkenaan.
Dia yang
enggan dikenali mendakwa menerima panggilan itu sebaik mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas selesai bertugas pada 3 Jun
lalu.
Katanya,
pentadbir penerbangan (FA) menelefonnya dan memberitahu bahawa dia tidak perlu datang
bekerja lagi mulai keesokannya.
“Saya
terkejut dan tanya dia bertalu-talu apa salah dan kesilapan saya sehingga
dipecat begitu saja. Selama 25 tahun menabur bakti sepenuh jiwa raga, inikah
balasan MAS kepada saya,” katanya sambil menitiskan air mata.
Dia
berkongsi pengalamannya dipecat hanya melalui panggilan telefon oleh syarikat
penerbangan itu pada sidang media yang diatur oleh Kesatuan Kebangsaan
Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) di sini, semalam.