Kuantan:
Tukang masak kapal MT Orkim Harmony, Mawit Matin, 46, yang juga warga
Indonesia, terkena tembakan selepas cuba melawan salah seorang perompak kapal
itu, pada 11 Jun lalu.
Timbalan
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, ketika kejadian Mawit
dipercayai membuka pintu di satu bahagian kapal untuk membuang sampah.
"Secara
tiba-tiba dia melihat salah seorang perompak meluru masuk dan dia cuba melawan
penceroboh itu.
"Ketika
itulah perompak berkenaan melepaskan tembakan dan terkena di bahagian punggung
Mawit," katanya ketika melawat empat anak kapal warga Indonesia di
Pelabuhan Kuantan, dekat sini, pagi tadi.