Kota
Kinabalu: Perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah
(ESSZONE) dilanjutkan mulai Jumaat ini hingga 4 Julai.
Pesuruhjaya
Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung itu yang
dilaksanakan sejak 19 Julai lalu kini memasuki fasa ke 22 selepas fasa 21
berakhir hari ini.
"Pengisytiharan
perintah berkurung itu dilakukan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 dan
berkuatkuasa jam 7 malam hingga 5 pagi membabitkan jarak tiga batu nautika dari
pantai hingga ke garisan yang ditetapkan.
"Keputusan
ini dibuat berdasarkan faktor keselamatan dan kesejahteraan pengguna-pengguna
perairan, pelancong dan khususnya rakyat di kawasan ESSZONE," katanya
dalam kenyataan, hari ini.
Tambah
beliau lagi, langkah ini juha memudahkan penguatkuasaan, memabtau segala
pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan
selain menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.