Balik
Pulau: Seorang guru tuisyen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini
atas tiga pertuduhan merangsang tiga kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun untuk
melakukan kelucahan melampau dengannya.
Mohd Amin
Nur Izwan Jamaluddin, 21, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu
dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Dia
didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di alamat 5-2-3 Lengkok
Mahsuri, Bayan Baru dekat sini dari Februari hingga Mei lalu.
Tertuduh
yang juga pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah kebangsaan di Bayan Baru
dekat sini didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Sitarun
Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi
setiap pertuduhan dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.