Acapulco,
Mexico : Pihak berkuasa semalam menemui 10 mayat dalam kubur besar di pinggir
Acapulco, Mexico, bandar pelancongan yang terkenal dengan keganasan sindeket
dadah.
Kedudukan
kubur mengandungi mayat tujuh lelaki dan tiga wanita yang digali keluar
semalam, terletak jauh dari kawasan pelancongan.
Ketua
Pendakwaraya Negeri Guerrero, Miguel Angel Godinez, berkata maklumat mengenai
kubur itu diberi orang tidak dikenali Ahad lalu, dan mayat ditemui semalam,
menggunakan anjing pengesan.
Menurutnya,
usaha mengenal pasti mayat terbabit dan punca kematian sedang dilakukan.
Sejak
beberapa talun lalu, beberapa kubur besar ditemui di sekitar Acapulco.
Negeri
Guerrero juga tempat kejajdian 43 pelajar kolej diculik oleh polis tempatan di
bandar Iguala pada September lalu, dan diserahkan kepada sindiket dadah yang
membunh serta membakar mayat mereka. - AFP