Schwarzenegger kembali jadi Terminator

Berlin: Selepas lebih 30 tahun muncul dalam filem pertama Terminator, kini Arnold Schwarzenegger kembali meneruskan wataknya sebagai cyborg melalui ‘Terminator Genisys’.


Sejak Terminator dihasilkan pada 1984, filem itu sudah meraih lebih AS$1 bilion (hampir RM4 bilion) melalui empat siri. Schwarzenegger tiada dalam filem keempat ‘Terminator Salvation’ pada 2009 kerana ketika itu dia menjadi Gabenor California.

Pelakon berusia 67 tahun itu disambut ratusan peminat ketika tiba untuk tayangan perdana ‘Terminator Genisys’ di Berlin, Ahad lalu.

“Saya amat gembira dengan filem ini. Saya juga berada dalam keadaan baik dan tiada masalah melakukan aksi lasak. Tiada yang berubah. Memang saya sudah tua tapi belum pupus,” katanya.

Seperti filem asal, watak John Connor oleh Jason Clarke menghantar Kyle Reese (Jai Courtney) kembali ke zaman silam untuk melindungi ibunya, Sarah Connor (Emilia Clarke).

‘Terminator Genisys’ akan mula ditayangkan Julai ini. - Reuters