KOTA
KINABALU: Polis Kota Kinabalu menafikan kejadian seorang lelaki mengalami
kecederaan di bahagian tengkuk dan kepala akibat ditetak dalam satu kes
pergaduhan yang kononnya berlaku di Telipok Ria, dekat sini.
Ketua
Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dakwaan
gambar kejadian yang disebarkan menerusi laman sosial termasuk aplikasi
WhatsApp tu adalah tidak benar dan pihaknya tiada menerima sebarang laporan
berhubung kejadian berkenaan.
"Semakan
di daerah lain juga mendapati kejadian berkenaan tidak wujud," katanya
dalam kenyataan di sini, hari ini.
Polis
mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah mempercayai dan menyebarkan
berita palsu, katanya. - Bernama