Alor
Setar: Tindakan seorang wanita membuang bungkusan air ketum milik suaminya
mengundang padah apabila lelaki itu mengamuk dan membelasahnya di kediaman
mereka di Kepala Batas, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia 31 tahun yang tidak tahan dengan sikap
suaminya kerana ketagih dengan minuman itu bertindak membuangnya tanpa
pengetahuan lelaki terbabit.
Sumber
berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berusia 30-an itu yang terjaga
daripada tidur menyedari air ketum miliknya sudah tiada sebelum bertanya kepada
mangsa.
“Lelaki
itu kemudian mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat kepada isterinya
selepas mengetahui mangsa membuang minuman itu. Tidak cukup dengan itu, dia
turut bertindak memijak perut mangsa dan membelasahnya selama beberapa minit,”
katanya.
Sumber
berkata, mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan, namun tidak diendahkan suspek
yang terus memukulnya.
“Selepas
puas membelasah isterinya, suspek terus keluar dari rumah tanpa mempedulikan
mangsa yang lebam di kepala dan badan. Bimbang kejadian sama berulang, mangsa
membuat laporan di Balai Polis Kota Setar, semalam (kelmarin), untuk tindakan
selanjutnya,” katanya.