Zhengzhou
(Beijing): Mayat sepasang kekasih muda semalam ditemui sebelum dikeluarkan dari
Tasik Lai di wilayah Henan kelmarin apabila dikatakan memilih menamatkan
riwayat bersama selepas bertengkar.
Pasangan
itu dikatakan bergaduh sebelum keduanya terjun ke dalam tasik berkenaan.
Ssaksi
memberitahu polis, sebelum kejadian dia ternampak pasangan itu sedang minum
bersama sebelum tiba-tiba pergaduhan tercetus antara keduanya.
Menurutnya,
berdasarkan pemerhatiannya pertengkaran disebabkan disebabkan keluarga
masing-masing tidak merestui hubungan mereka.
Wanita
itu kemudian cuba terjun ke dalam tasik sebelum cuba dihalang teman lelakinya
namun tidak berjaya menyebabkan lelaki terbabit turut terjun.