Kota
Kendari, Sulawesi Tenggara: Tindakan seorang ustaz berkhutbah secara melampau -
sehingga memanjat mimbar - mengundang kritikan ramai, termasuk di media sosial.
Aksi Nur
Maulana yang terkenal dengan gimik “jemaah, oh jemaah” itu dianggap keterlaluan
dan tidak sesuai dengan situasi semasa.
Melalui
gambar yang disebar di media sosial, Nur Maulana dilihat sedang berceramah di
Masjid Agung Khairah Ummah di Kolaka.
Berdasarkan
keterangan pada gambar, kejadian berlaku pada 26 Februari lalu.
Seorang
pengguna Facebook yang memuat naik gambar Nur Maulana berkata, ketika itu ustaz
terbabit menyeru pendengar supaya beristighfar.
Namun
pengguna lain dikenali dengan nama Yayuk Hannan memberi komen di bawah gambar
itu: “Ya Tuhan, ini terlalu berlebihan dan seolah-olah ahli sarkas.”
Siti
Fatimah pula menulis: “Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan
yang menipu. Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan taufik hidayah kepada ustaz,
serta menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus
dan diredai.”
Nur
Maulana, 40, adalah pendakwah kelahiran Makassar yang disenangi ramai kerana
sering menggunakan bahasa biasa ketika berceramah.
Dia
mendapat pendudukan di Pondok Pesantren an-Nahdah di Makassar pada 1994.
Selain
berceramah, dia juga mengajar di sebuah sekolah rendah Islam di situ.
Sementara
itu, seorang ustaz pula menegur Nur Maulana secara sindiran.
Abduh
Zulfidar Akaha berkata, aksi itu sangat bahaya dan berharap tiada mana-mana
pihak menirunya.
“Itu aksi
khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya.