Kuala
Lumpur: “Kalau sudah ditakdirkan jodoh saya dengan lelaki bujang dari Malaysia
yang nak beli rumah dan sudi memperisterikan saya, ‘why not’ (mengapa tidak) .
“Apa yang
penting , saya dan lelaki itu perlu ada keserasian,” kata Wina, 40.
Laman web
Harian Metro semalam melaporkan, Wina dari Randu Gunting, Tamanmartani,
Kalasan, Sleman, Jogjakarta menjadi terkenal apabila mahu menjual rumahnya,
sekali gus sudi mengahwini pembeli rumahnya.
Dia
mengiklankannya di Internet baru-baru ini dengan menggunakan ayat ‘Penawaran
Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan
ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego’.
Rumah
berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00
(RM282,601).
Janda dua
anak berusia 21 dan 14 tahun itu mengakui kini dalam dilema berikutan
dianggarkan 600 orang berminat membeli rumahnya dan ada antaranya mahu
berkahwin dengannya selepas dimaklumkan ejen yang membantu menjualkan rumahnya,
Dian.
Katanya,
rata-rata mereka bukan hanya bertanyakan mengenai rumah tetapi turut bertanya
hal peribadi dirinya termasuk beberapa lelaki dari Arab Saudi dan Hong Kong.
“Dian ada
beritahu saya, pembeli yang berminat bertanya betul ke kalau beli rumah boleh
berkahwin dengan pemiliknya. Saya beritahunya lelaki itu perlu memenuhi
kriteria yang saya mahukan.
“Ini
kerana segala urusan mengenai iklan penjualan rumah diserahkan sepenuhnya kepada
Dian dan mereka hanya perlu menghubunginya.
“Lebih 20
orang lelaki bujang dan sudah berkeluarga juga ada datang melihat rumah yang
hendak dijual sejak iklan di Internet menjadi ‘viral’ di media sosial sejak
tiga hari lalu, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.
Katanya,
walaupun mendapat respon positif daripada iklan yang dipaparkan namun tidak
semudah itu untuk berkahwin.
“Saya
tidak akan terima begitu saja kerana perlu melihat latar belakangnya, kriteria
dan sebagainya terlebih dulu.
“Pada awalnya,
idea untuk mengiklankan rumah dan boleh berkahwin dengan pemiliknya timbul
selepas bergurau bersama Dian.
“Dia
(Dian) mencadangkan supaya selain menjual rumah pembeli itu juga boleh
berkahwin dengan saya memandangkan saya juga seorang janda. Jadi, saya pun
bersetuju,” katanya.