Jakarta:
Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) mengharamkan tarian goyang dribel yang
dipopularkan oleh kumpulan dangdut, Duo Serigala daripada ditayangkan di
televisyen kerana terlalu seksi.
Duo
Serigala yang dianggotai Pamela Safitri dan Ovi Sovianti mempopularkan tarian
itu yang lebih banyak menggoyangkan bahagian dada.
Pengarah
KPI, Agatha Lily berkata, tarian itu mengeksploitasikan bahagian yang tidak
layak dan tidak sesuai disiarkan di televisyen.
“Tarian
ini nampak buruk di mata masyarakat dan ia juga seperti merendahkan maruah kaum
wanita,” katanya.
Ujarnya,
banyak perkara lain yang lebih kreatif boleh ditonjolkan oleh artis dan bukan
hanya menggoyangkan bahagian dada sahaja.
“Garis
panduan penyiaran melarang eksploitasi bahagian dada, paha dan punggung.
“Goyang
dribel ini tidak memberi sebarang manfaat,” tegasnya.
Menurutnya,
KPI membenarkan Duo Serigala muncul di televisyen tetapi mereka tidak
dibenarkan membuat tarian itu.
“Kami
tetap memberi ruang untuk mereka tetapi tidak boleh mengeksploitasi bahagian
tubuh.
“Saya
berharap mereka mencari potensi diri mereka yang lebih positif,” jelasnya.