Boy Iman Luah Perasaan Mengenai Rumahtangga dan Cinta di Facebook

Sebelum ini ada gosip mengatakan Boy Iman bercinta dengan kakak Emma Maembong, Effa Maembong. Pelik kerana Boy Iman sudah mempunyai isteri. Boy Iman juga mengatakan bahawa isterinya tahu hubungan baiknya dengan Effa Maembong dan tidak kisah jika dia keluar berdua bersama Effa Maembong.

Boy Iman juga mendakwa kini isterinya pula rapat dengan Effa Maembong dan pelik kerana sepatutnya isterinya marah. Boy Iman juga tidak segan silu memuat naik gambar dan statusnya di Facebook dengan ayat-ayat cinta. Namun, baru-baru ini Iman memuatnaik statusnya di Facebook menceritakan perasaan dan masalah percintaannya dengan Effa Maembong.

Rasanya peminat dan masyarakat juga tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga Boy Iman, namun untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati terhadap kekasih hati sedangkan dirinya adalah suami orang sesuatu yang tidak manis dan janggal.

Menurut status tersebut sepertinya Effa Maembong telah berlaku curang terhadap dirinya. Tetapi, Boy Iman juga melakukan perkara yang sama terhadap isterinya. Lebih elok agar Boy Iman, kembali ke pangkuan isteri yang lebih memerlukan perhatiannya.