Impak drama slot Akasia, ‘Ariana Rose’ bukanlah calang-calang, gandingan
Fathia Latiff dengan Keith Foo yang serasi beserta olahan skrip kemas
cukup untuk mengikat para penonton di depan TV setiap hari. Jangkaan
tinggi dari penonton ini membuatkan Fathia tertekan untuk terus
mempersembahkan yang terbaik dalam slot Akasia lakonannya terbaru, ‘Dia…
Isteri Luar Biasa’ (DILB).
“Fathia tak boleh judge lakonan
Fathia sendiri. Tapi Fathia harap dapat tunjukkan peningkatan dari
sebelum-sebelum ini. Bayangan ‘Ariana Rose’ masih kuat dan Fathia nak
buat lagi baik dari drama itu. I tried my best.
Tapi kadang-kadang saya takut saya terlalu mencuba, bimbang nampak plastik dan fake, seterusnya lagi teruk. Kadang-kadang sebab pressure untuk beri yang terbaik, Fathia nak ulang satu-satu scene tu walaupun pengarah cakap dah okay,” ucap lulusan jurusan undang-undang ini, memulakan bicara.
Malahan dek kerana kegilaannya untuk memberi yang terbaik, dia merasakan mungkin ada yang meluat dengannya.
“Fathia rasalah, mungkin ada rakan pelakon yang sick of me because of that. Fathia juga sangat detail,
contohnya pemilihan baju untuk watak ini, juga mekap untuk Dewi
Yusra. Mungkin ada rasa Fathia berlebih-berlebihan tapi misi Fathia
hanya satu, nak puaskan hati penonton. Orang gembira tengok cerita ini
dan puas hati. Walaupun Fathia dah cuba sehabis baik tapi Fathia tak
boleh jadi sempurna 100%,” akui Fathia akur pada kelemahan diri.
Dia mengakui ada peningkatan mutu lakonannya berbanding seawal usia kariernya dalam bidang ini. “Dulu Fathia terlampau scripted, agak kayu, mengikut sepenuhnya skrip. Tapi sekarang apa yang Fathia lakonkan tidak semestinya apa yang ada dalam skrip.
“Fathia akan olah sendiri dengan cara Fathia. Bila baca novel, skrip itu akan jadi panduan kita. Bila kita terlalu scripted, benda tu akan tak nampak natural sangat. Ada beberapa babak yang Fathia rasa tak berjaya sampaikan watak Dewi Yusra ini.”
Malahan ‘kegilaannya’ ini terbawa-bawa
sehingga ke rumah. “Kadang-kadang bila balik rumah, Fathia tak boleh
tidur memikirkan kenapa sesetengah babak tidak dijayakan sepenuhnya
ketika di set. I always think I can do better,” tutur anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi.
Justifikasinya mudah, dia tidak mahu
jangkaan peminat novel ini meleset apabila menonton versi dramanya.
“Banyak peminat novel yang sangat meminati novel ini. Fathia nak penuhi
imaginasi mereka tentang watak Dewi Yusra. Fathia tak mahu mereka
mempersoalkan apa yang ada di kaca TV lain dari apa yang dibaca,” tambah
Fathia yang ditemui ketika majlis tayangan episod pertama DILB
bersama-sama peminatnya baru-baru ini.