Engku Emran jadi pengedar rambut palsu Erra Fazira


Sebuah perkahwinan yang gagal kadang-kadang menjadi pulih kerana anak. Tetapi tidak kurang juga yang tidak boleh diselamatkan tetapi baik bekas suami mahupun bekas isteri menjadi baik sebagai rakan.  Ada juga yang langsung tidak boleh bertegur sapa atau dalam erti kata lain tidak profesional. Tetapi tidak mengapa, ia semua bergantung kepada penerimaan antara satu sama lain.

Berbeza dengan Erra Fazira dan bekas suami, Engku Emran apabila melayan puteri tunggal mereka, Engku Aleesya bagai menatang minyak yang penuh. Kerana anak, mereka tidak kekok untuk berjumpa di masjlis tertentu terutama yang berkaitan dengan Aleesya. Malah sentiasa memberi sokongan kepada anak kesayangan mereka.

Terbaru, Engku Emran berkongsi kegembiraan kemenangan Aleesya di acara sukan sekolah. Kelihatan Erra juga bersama bagi memberi sokongan dan meraikan kemenangan anak mereka. Emran turut berkongsi video detik kemenangan Aleesya. Tetapi tidak terhenti di situ, sebelum ini Emran ada juga berkongsi video gelagat Aleesya di sekolah. Erra turut sama juga pada acara tersebut. Apa yang membanggakan, Aleesya telah memenangi tempat pertama bagi acara lari 70 meter tahun satu. Tahniah Aleesya! Lepas ini boleh jadi pelari negara.

Tetapi kami tertarik dengan satu gambar yang mana kapsyennya begini,

“Kepada sesiapa berminat utk beli 'preloved wig' boleh sms atau call sy...baru dilantik menjadi pengedar sah...”

Sempat Emran membuat lawak dan disambut dengan komen-komen pengikut di laman Instagramnya agar mereka kembali bersatu. Sebenarnya ramai yang mendoakan supaya Erra dan Emran bersama kembali tetapi bukan kita untuk tentukan semua itu. Mungkin kedua mereka telah pun move on tetapi demi anak mereka buang ego masing-masing agar anak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Tidak mengapa, jodoh itu di tangan Yang Maha Esa. Hanya Dia yang satu tentukan itu semua. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka ya.