Kuantan:
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan lapan lelaki warga Indonesia
yang ditahan pihak berkuasa Vietnam, di kepulauan Tho Chu, kelmarin adalah
perompak kapal MT Orkim Harmony.
Panglima
Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Muda Datuk Azhari Abd Rashid berkata, pengesahan
itu diperoleh selepas pengecaman melalui gambar suspek dibuat anak kapal yang
ditembak.
"Ketika
ini lapan suspek itu ditahan pihak berkuasa Vietnam dan TLDM tidak menolak
kemungkinan mereka akan dihantar ke Malaysia bagi membantu siasatan,"
katanya dalam sidang media di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM, di sini,
pagi tadi.
Difahamkan
suspek berusia lingkungan umur 30-an hingga 40-an dan semasa ditahan suspek
turut mengubah suai bot penyelamat dengan mengecat beberapa bahagian bot
bertujuan mengaburi pihak berkuasa.
Azhari
berkata, siasatan kini dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
kerana membabitkan kes jenayah.