Selepas
20 tahun, Bon Jovi kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat menerusi konsert
yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 September ini.
Kini
dianggotai tiga anggota asalnya iaitu Jon Bon Jovi (penyanyi), David Bryan
(keyboard dan piano) dan Tico Torres (dram), mereka turut disertai pemain gitar
Phil X menggantikan Richie Sambora.
Pada 4
Mei 1995, Bon Jovi mengadakan konsert di Stadium Shah Alam.
Biarpun
anggota asal kumpulan itu sudah mencecah usia 50-an, mereka masih aktif dalam
industri muzik sejak ditubuhkan pada 1983, terutama Jon yang bakal mengadakan
konsert solo bulan depan.
Muncul
dengan album studio album ke-13 berjudul What About Now pada 2013, Bon Jovi
baru-baru ini mengumumkan kini sibuk dengan rakaman album baru yang akan
dikeluarkan tahun depan.
Dalam
kesibukan menguruskan jadual konsert mereka yang padat, kumpulan itu terlebih
dulu muncul dengan single baru berjudul Beautiful Day.
Single
itu dimuatkan dalam koleksi album filem Finding Neverland yang turut
menyenaraikan lagu daripada beberapa penyanyi hebat seperti Christina Aguilera
dan John Legend.
Mengenai
perkembangan terbaru pembikinan album studio baru Bon Jovi, anggota kumpulan
itu dikhabarkan meminta anggota asal Richie Sambora untuk menyertai mereka
lagi.
Pada satu
sesi temu bual baru-baru ini, Bon Jovi berkata, anggota kumpulan itu
menghabiskan hampir sehari dalam studio menyiapkan rakaman album baru.
“Inspirasi
menghasilkan karya boleh datang dengan hanya membaca surat khabar,” katanya.
Dalam
kenyataan berasingan, Sambora berkata, dia kini sibuk dengan projek solo
bersama bekas pemain gitar penyanyi legenda Michael Jackson, Orianthi.
“Sudah
banyak lokasi saya dan Bon Jovi menjelajah untuk mengadakan persembahan.
“Sepanjang
bersama Bon Jovi, kami banyak menghasilkan karya dan pada masa sama bekerjasama
dengan artis lain. Kami hanya mengenali antara satu sama lain sebagai artis,
pemuzik dan membuat konsert,” katanya.
Ujar
pemain gitar berusia 55 tahun itu, dia tiada perancangan untuk kembali
menyertai Bon Jovi selepas hampir 30 tahun bersama kumpulan itu.
“Saya
ingin meneruskan kerjaya dalam bidang muzik secara solo. Bukan mudah untuk
mengekalkan semua anggota band selama 30 tahun dan kami sudah berusaha,”
katanya.
Sebelum
ini, wujud khabar angin mengatakan Sambora bermain gitar dalam single Beautiful
Day, namun spekulasi itu berakhir selepas John Shanks adalah pemain itu.
Menjadi
antara kumpulan rock paling laris di dunia, Bon Jovi terkenal menerusi beberapa
lagu hit iaitu It’s My Life, Livin’ On A Prayer , Never Say Goodbye dan You
Give Love A Bad Name.
Selain
Malaysia, Bon Jovi juga akan menjelajah beberapa negara iaitu Singapura,
Jakarta, Shanghai, Macau dan Abu Dhabi sebelum mengakhiri konsert mereka di Tel
Aviv, Israel pada 3 Oktober ini.
Tiket
konsert Bon Jovi dijual pada harga RM168 hingga RM888 dan boleh dibeli
menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.