Kota Kinabalu: Kemunculan cahaya merah di langit yang jelas dilihat
selama beberapa minit bukan saja menyebabkan orang ramai panik, malah
ada antaranya pantas membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa
kejadian itu disebabkan oleh meteor atau tahi bintang.
Difahamkan, cahaya merah pegun itu mula jelas kelihatan sekitar
Penampang dan Putatan bermula jam 7 malam semalam, sebelum mulai kabur
dan akhirnya hilang begitu saja kira-kira jam 10 malam.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Winnie, 22, berkata,
dia menyedari fenomena itu ketika memandu kereta untuk pulang ke
rumahnya, kira-kira jam 9 malam.
“Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai.
“Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai.
“Saya memberhentikan kenderaan dan melihat satu garisan terang di
langit dan menyangkakan ia adalah tahi bintang,” katanya ketika ditemui,
di sini, semalam.
Winnie berkata, keadaan itu agak berbeza kerana kebiasaannya cahaya dicetuskan tahi bintang akan bergerak, tetapi cahaya berkenaan kelihatan pegun.