Cacing biak dalam badan peminat sashimi


Guangzhou: Ia antara makanan sushi yang paling mahal dan tidak boleh dinafikan memang sedap.

Tetapi minat seorang lelaki terhadap sashimi hampir membunuhnya selepas cacing pita membiak dalam tubuhnya.

Pada awalnya, lelaki warga China itu mengadu kepada doktor dia sakit perut dan gatal kulit.

Hasil ujian imbasan mendapati dalam badannya dipenuhi cacing itu akibat terlalu banyak makan shashimi - kepingan ikan mentah.

Doktor percaya sebahagian sashimi yang dimakannya itu sudah tercemar.

Jangkitan seperti ini timbul selepas pesakit makan larva diphyllobothrium yang hidup dalam ikan seperti salmon. Walaupun ikan diperap, ia masih boleh memindahkan cacing ke pesakit.

Kes seperti ini sering berlaku di kawasan mundur yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah, namun ia masih boleh berlaku di negara maju.

Dr Yin dari Hospital Guangzhou berkata, jangkitan seperti ini mengancam nyawa apabila ia sampai dan membiak hingga ke otak. - Agensi