Sharnaaz Ahmad bukan nama asing dalam industri tanahair. Begitu komitmen
dalam menjalankan tugasnya sebagai penggiat seni atau lebih mudah
digelarkan pelakon. Tegas dalam mempertahankan hak mahupun apa jua
kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya, Sharnaaz tidak kisah jika
dibenci. Namun disebabkan itu Sharnaaz dilihat sentiasa jujur dalam
memberi komen.
"Peranan media adalah memberi publisiti kepada selebriti. Selebriti pula perlu tumpu kepada kerja dia. Pengurus atau pembantu yang perlu membuat pr untuk seseorang selebriti itu. Jadi ia berkait rapat. Cuma apabila dipanggil untuk photoshoot contohnya, saya diberitahu perlu membawa sekian-sekian pakaian. Itu konsep anda, bukan masalah saya. Bendanya simple sahaja. Anda promosi selebriti untuk jual paper dan sebagainya. Tetapi kami tidak dibayar. Ia bukan isu bayaran ke apa tetapi anda jual paper dapat bayaran. Tetapi kami? Kami pun bekerja juga. Saya tidak kisah kalau ada yang ban saya dan saya tahu ada paper yang telah ban saya pun. Tidak mengapa kalau tidak maju promosi saya", ujar Sharnaaz.
Bertemu Sharnaaz di majlis tayangan perdana filem Dollah Superstar, Sharnaaz memberitahu, dia membawakan watak lelaki lembut dalam filem tersebut.
"Sebenarnya seronok juga bawa watak lembut. Tetapi tidaklah yang betul-betul sangat. Sukar juga untuk saya membawakan watak ini. Tetapi Khabir bagi banyak rujukan kepada saya. Saya pun perhati juga cara makeup artis bertutur dan sebagainya. Jadi dari situ saya cuba belajar".
Umum mengetahui isu Shila Amzah dan media. Sharnaaz turut disoal tentang perkara itu. Walaupun agak kurang selesa diajukan perkara tersebut tetapi dia tetap menjawab.
"Kenapa saya juga yang diajukan soalan pasal dia? Kenapa tidak tanya Johan Ashaari? (Ketawa). Oklah, saya tidak mahu memberi komen lebih sebab ini isu panas, kan? Cuma pada saya berbaik-baiklah. Maksud saya selesaikan secara elok. Apa yang dia cakap pun ada betul dan apa yang media cakap ada betulnya. Kita sama-sama memerlukan. Antara saya dengan dia tidak perlu dibabitkan lagi. Macam dulu saya berani untuk mengaku salah. Tidak salah untuk rendahkan ego demi kebaikan bersama. Orang lebih hormat dan sayang kepada kita", katanya.
Dalam perkembangan lain Sharnaaz bukan sahaja sibuk dengan pengambaraan drama dia juga sibuk dengan perniagaannya. Sharnaaz Ahmad Fitness Centre bakal beroperasi Oktober ini di Segambut. Manakala kisah cinta pula, Sharnaaz masih belum bersedia untuk kearah gerbang perkahwinan.
"Belum lagi. Saya sibuk dengan kerja saya jadi apa kata marilah kita sama-sama memajukan industri hiburan tempatan kita", kata Sharnaaz mengakhiri perbualan.