Kuala Lumpur: Selepas tiga tahun menghilang, skim pelaburan haram
terkenal Dana Haji Jasman dikesan muncul kembali dengan muslihat baru.
Kali ini dalang skim itu mendakwa mahu mengagihkan dana tabung emas
raja-raja Melayu bernilai berpuluh bilion dolar di Bank Dunia dengan
pelabur dijanjikan pulangan lumayan sehingga RM50 juta bersama bonus
sebuah kereta mewah.
Penganjur skim cepat kaya itu dikesan memperkenalkan beberapa pakej
pelaburan baru kepada orang ramai dengan pulangan dianggap tidak
munasabah mencecah 10,000 kali ganda dari wang dilaburkan.
Berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket itu menawarkan empat pakej
pelaburan serendah RM100 yang membolehkan pelabur mendapatkan pulangan
‘durian runtuh’ sebanyak RM1 juta selain sebuah kereta mewah.
Pelabur juga boleh memilih pakej B iaitu membabitkan pelaburan RM300 yang membolehkan pelabur memperoleh pulangan ‘durian runtuh’ sebanyak RM3 juta bersama kereta mewah model Mercedes- Benz C200.
Pelabur juga boleh memilih pakej B iaitu membabitkan pelaburan RM300 yang membolehkan pelabur memperoleh pulangan ‘durian runtuh’ sebanyak RM3 juta bersama kereta mewah model Mercedes- Benz C200.
Sumber polis berkata, siasatan mendapati sindiket turut
memperkenalkan pakej C dengan pelaburan sebanyak RM500 bagi memperoleh
keuntungan RM20 juta dan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz E400.
“Selain itu terdapat juga pakej D membabitkan pelaburan sebanyak RM1,000 yang menjanjikan pulangan RM50 juta serta kereta Mercedes-Benz S350.
“Selain itu terdapat juga pakej D membabitkan pelaburan sebanyak RM1,000 yang menjanjikan pulangan RM50 juta serta kereta Mercedes-Benz S350.