Kuala Lumpur: “Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham
semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat tak senonoh macam
itu. Patut awak sound (beri amaran) masa kali pertama saya buat.”
Itulah SMS pengakuan seorang guru disiplin kepada wanita yang juga
rakan sejawat di sebuah sekolah di ibu negara selepas tembelangnya yang
sering melakukan gangguan seksual terbongkar.
Akibatnya, guru wanita itu menghadapi tekanan perasaan selepas kerap
diganggu termasuk tangannya dipegang serta betisnya diraba beberapa kali
sejak Februari lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 27, berkata, dia mula ‘diusik’ guru berusia awal 30-an itu sejak berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun lalu dan tidak menyangka diperlakukan sebegitu tanpa segan silu biarpun di depan murid.

Namun, penderitaan Anis berakhir apabila guru lelaki itu ditahan pihak
berkuasa Isnin lalu berikutan laporan polis dibuat seorang pelajar
lelaki berusia 13 tahun mendakwa dicabul guru itu.